Wednesday, 5 December 2012

Tiramisu

Hari ni post pasal kek pulak. Kek tiramisu ni kek kesukaan saya & korang boleh try buat kat rumah oke.

Bahan-bahan :

200gm gula aising
600ml krim putar (whipping cream)
300ml krim mascarpone
200ml krim keju (cream cheese)
40ml krim pastri (pastry cream)

(boleh didapati di pusat bekalan bakeri)

Bahan A (sirap lady finger) :

50gm serbuk Nescafe
500ml air
150ml kordial Amaretto

Bahan B :

1kg biskut lady finger (boleh didapati di pusat bekalan bakeri)

Bahan Hiasan :

30gm serbuk koko

Cara Memasak :

1. Pukul krim pastri dan gula aising sehingga kembang dan gebu selama tiga hingga lima minit.
2. Seterusnya masukkan keju mascarpone dan keju krim. Pukul sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan krim putar dan dipukul lagi sehngga sebati. Asingkan.
4. Untuk bahan A, satukan kesemua bahan dan dikacau sebati.
5. Setelah itu rendamkan biskut lady finger ke dalam aduan bahan A tadi dan susunkan di dalam acuan kek.
6. Selepas itu, sudukan adunan tiramisu dan sapukan rata. Kemudian susunkan biskut lady finger dan sudukan selapis lagi aduan tiramisu. Ulangi proses sehingga adunan habis.
7. Sejuk bekukan tiramisu selama 3 jam.
8. Akhir sekli, potong tiramisu mengikut cita rasa dan taburkan serbuk koko. Sedia untuk dinikmati.

p/s : Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment