Wednesday, 5 December 2012

Kuih Masbak

Kuih masbah tu apa ? Kuih ni kuih warisan Banjar. Kuih ni tak memerlukan banyak ramuan. Sedikit je. Nak try ? Jom tengok resepinya.


Bahan-bahan :

200gm tepung gandum
3 biji telur
100gm gula kastor

Cara Memasak :

1. Di dalam sebuah mangkuk, pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati.
3. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak pada kuali dan tuangkan sesenduk adunan dan ratakan.
4. Setelah ia masak dan sedikit perang, terbalikkan ia dan masukkan lagi sesenduk adunan tepung dan ratakan semula.
5. Setelah ia masak sedikit perang, terbalikkan lagi kuih tersebut.
6. Akhir sekali, bentukkan kuih menjadi segi empat. Angkat dan ketepikan.
7. Sedia dinikmati.

p/s : Senangkan. Jangan segan-segann untuk mencuba.

No comments:

Post a Comment