Hari ni,
Saya nak post pasal nasi tomato, nak kata pernah cuba tak jugak tapi sama-sama nak kongsi ilmu
Bahan-bahan :
1.2kg beras basmathi
1.25 liter air
125ml susu cair
125gm sos tomato
4 biji tomato(dicincang)
2 sudu makan majerin
5 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan(diikat)
garam secukup rasa
Bahan Tumis :
3 ulas bawang putih(dihiris)
5 biji bawang merah(dihiris)
2sm halia
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2sm kulit kayu manis
Cara Memasak :
1. Panaskan majerin dan masukkan bahan tumis sehingga naik baunya
2. Masukkan susu cair bersama tomato, sos tomato dan juga garam. Gaulkan rata.
3. Kemudian masukkan air, beras dan juga daun pandan. Biarkan nasi masak.
4. Apabila nasi kering, kaub balikkan dan biarkan sehingga masak.
5. Sedia dihidangkan
p/s : Selamat Mencuba ^_^
No comments:
Post a Comment