Nama Bukhari ni bukan semperna nama siapa-siapa cuma nama hiasan sahaja. ^_^
Bahan-bahan :
480gm beras basmathi(dibasuh&ditoskan)
300gm daging (direbus&dihiris nipis)
750ml air rebusan daging
3 biji bawang merah(dihiris)
2 ulas bawang putih(dihiris)
2sm halia
1 biji tomato(diambil patinya)
2 sudu makan rempah bukhari
1 sudu makan mentega
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan mentega di dalam kuali kemudian tumiskan semua bahan hiris sehingga kekuningan.
2. Masukkan pati tomato dan juga rempah bukhari. Kacau rata dan biarkan pecah minyaknya.
3. Tuangkan air rebusan daging dan biarkan mendidih.
4. Apabila mendidih, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan beras. Kacau rata dan biarkan separa masak.
5. Apabila nasi hampir kering, masukkan daging dan tutup periuknya. Perlahankan api dan biarkan hingga masak.
No comments:
Post a Comment