Thursday, 6 December 2012

Puding Santan

Now kita belajar buat puding pula. Sebelum ni entry pasal kek & kuih tradisional, now time for pudding.


Bahan-bahan :

250gm gula merah
200ml air
200ml santan
200ml air kelapa
6 biji telur
1 helai daun pandan

Cara Memasak :

1. Didihkan gula merah bersama air serta daun pandan.
2. Kemudian masukkan telur yang siap dipukul terlebih dahulu. Kacau sebati.
3. Masukkan santan dan air kelapa kemudian dikacau lagi sehingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk.

Tat Keju

Tat keju. Wow sedap tu. Jom kita try buat oke.



Bahan-bahan :

500ml keju krim
150gm gula
113gm mentega
3 biji telur
Kulit tat secukupnya (bole didapati di pusat bekalan bekeri)

Cara Memasak :

1. Pukul keju krim, gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga aduan sebati dan gebu.
3. Akhir sekali, masukkan ke dalam kulit tat dan bakar pada suhu 180 dajah selama 30 minit.
4. Sedia untuk dihiaskan.

Wednesday, 5 December 2012

Tiramisu

Hari ni post pasal kek pulak. Kek tiramisu ni kek kesukaan saya & korang boleh try buat kat rumah oke.

Bahan-bahan :

200gm gula aising
600ml krim putar (whipping cream)
300ml krim mascarpone
200ml krim keju (cream cheese)
40ml krim pastri (pastry cream)

(boleh didapati di pusat bekalan bakeri)

Bahan A (sirap lady finger) :

50gm serbuk Nescafe
500ml air
150ml kordial Amaretto

Bahan B :

1kg biskut lady finger (boleh didapati di pusat bekalan bakeri)

Bahan Hiasan :

30gm serbuk koko

Cara Memasak :

1. Pukul krim pastri dan gula aising sehingga kembang dan gebu selama tiga hingga lima minit.
2. Seterusnya masukkan keju mascarpone dan keju krim. Pukul sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan krim putar dan dipukul lagi sehngga sebati. Asingkan.
4. Untuk bahan A, satukan kesemua bahan dan dikacau sebati.
5. Setelah itu rendamkan biskut lady finger ke dalam aduan bahan A tadi dan susunkan di dalam acuan kek.
6. Selepas itu, sudukan adunan tiramisu dan sapukan rata. Kemudian susunkan biskut lady finger dan sudukan selapis lagi aduan tiramisu. Ulangi proses sehingga adunan habis.
7. Sejuk bekukan tiramisu selama 3 jam.
8. Akhir sekli, potong tiramisu mengikut cita rasa dan taburkan serbuk koko. Sedia untuk dinikmati.

p/s : Selamat mencuba.

Kuih Masbak

Kuih masbah tu apa ? Kuih ni kuih warisan Banjar. Kuih ni tak memerlukan banyak ramuan. Sedikit je. Nak try ? Jom tengok resepinya.


Bahan-bahan :

200gm tepung gandum
3 biji telur
100gm gula kastor

Cara Memasak :

1. Di dalam sebuah mangkuk, pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati.
3. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak pada kuali dan tuangkan sesenduk adunan dan ratakan.
4. Setelah ia masak dan sedikit perang, terbalikkan ia dan masukkan lagi sesenduk adunan tepung dan ratakan semula.
5. Setelah ia masak sedikit perang, terbalikkan lagi kuih tersebut.
6. Akhir sekali, bentukkan kuih menjadi segi empat. Angkat dan ketepikan.
7. Sedia dinikmati.

p/s : Senangkan. Jangan segan-segann untuk mencuba.

Pepudak

Pepudak tu apa ? Pepudak tu kuih tradisional Melayu. Nak try ? Here the recipe.



Bahan-bahan :

240gm tepung gandum
120gm tepung beras
125gm gula kastor
600ml santan
120ml air pandan
Secubit garam
Beberapa keping daun pisang (dilayur atas api)

Cara Memasak :

1. Campurkan tepung gandun, tepung beras dan gula dan di dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Kemudian, campurkan pula santan dan air pandan dan garam hingga sebati dan tuangkan adunan santan ke dalan adunan tepung tadi adun sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam periuk dan kacau sebentar di atas api sederhada  hingga pekat.
4. Setelah itu, ambil sekeping daun pisang dan letakkan sedikit adunan kuih yang telah masak. Gulungkan kemas dan ikat dengan tali atau getah. Ketepikan dan biar sebentar.
5. Ulangi proses sehingga adunan kuih habis.
6. Setelah siap, hidangkan dan sedia dimakan.

Nasi Bukhari

Nama Bukhari ni bukan semperna nama siapa-siapa cuma nama hiasan sahaja. ^_^

Bahan-bahan :

480gm beras basmathi(dibasuh&ditoskan)
300gm daging (direbus&dihiris nipis)
750ml air rebusan daging
3 biji bawang merah(dihiris)
2 ulas bawang putih(dihiris)
2sm halia
1 biji tomato(diambil patinya)
2 sudu makan rempah bukhari
1 sudu makan mentega
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Memasak :

1. Panaskan minyak dan mentega di dalam kuali kemudian tumiskan semua bahan hiris sehingga kekuningan.
2. Masukkan pati tomato dan juga rempah bukhari. Kacau rata dan biarkan pecah minyaknya.
3. Tuangkan air rebusan daging dan biarkan mendidih.
4. Apabila mendidih, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan beras. Kacau rata dan biarkan separa masak.
5. Apabila nasi hampir kering, masukkan daging dan tutup periuknya. Perlahankan api dan biarkan hingga masak.

Nasi Tomato Daun Selasih

Hari ni,
Saya nak post pasal nasi tomato, nak kata pernah cuba tak jugak tapi sama-sama nak kongsi ilmu

Bahan-bahan :
1.2kg beras basmathi
1.25 liter air
125ml susu cair
125gm sos tomato
4 biji tomato(dicincang)
2 sudu makan majerin
5 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan(diikat)
garam secukup rasa

Bahan Tumis :
3 ulas bawang putih(dihiris)
5 biji bawang merah(dihiris)
2sm halia
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2sm kulit kayu manis

Cara Memasak :
1. Panaskan majerin dan masukkan bahan tumis sehingga naik baunya
2. Masukkan susu cair bersama tomato, sos tomato dan juga garam. Gaulkan rata.
3. Kemudian masukkan air, beras dan juga daun pandan. Biarkan nasi masak.
4. Apabila nasi kering, kaub balikkan dan biarkan sehingga masak.
5. Sedia dihidangkan

p/s : Selamat Mencuba ^_^